nuffnang ads

Wednesday, November 9, 2011

ADUAN MENGENAI CARA-CARA KENDALIAN PESAKIT DI POLIKLINIK TAIPING SEMASA PENGAMBILAN DARAH

MUHAMMAD MAGESWARAN
NRIC: 730129-08-5813 / A2366903
HP.NO: 012-5902894
NO.653, LORONG 40
AULONG NEW VILLAGE
34000 TAIPING
PERAK DARUL RIDZUAN.
___________________________________________________________________________________

DATO’ SRI DR HASSAN BIN ABDUL RAHMAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Precint 3
62675 Putrajaya,

MALAYSIA.                                                                                                                          09 November 2011

 Tuan,

ADUAN MENGENAI CARA-CARA KENDALIAN PESAKIT DI POLIKLINIK TAIPING SEMASA PENGAMBILAN DARAH

Peristiwa ini berlaku semalam 8hb November 2011, sekitar pukul 5.30 petang. Ibu saya Meenakshi mengalami sakit demam, selsema dan batuk , dan saya telah membawa ibu saya untuk diperiksa ke Poliklinik Komuniti Taiping, Jalan Tupai, Taiping. Selepas diperiksa, ibu saya diarah oleh Doctor Amutha (doctor bertugas) untuk memeriksa darah. Pada masa itu pesakit hanya ada 10 orang saja.

Dibilik pengambilan darah pegawai yang bertugas adalah (nama-nama diambil dari pintu bilik yang memaparkan nama pegawai bertugas), PPP Ahzam, PPP Mansor Shah dan PPK Aziah Hassan Basri. Ibu saya telah diambil darah langsung di pergelangan tangan tanpa dicuba di lengan tangan. Ibu saya protes tapi tak diendahkan langsung. Pegawai itu langsung tak minta izin untuk diambil darah dipergelangan tangan. Adakah ini polisi jabatan kesihatan untuk ambil darah sesuka hati anda? Pegawai itu tak pandai ambil darah dan tercucuk apa entah dan  pagi tadi tempat ambil darah itu bengkak. Takkan ambil darah pun boleh bengkak, macam mana pegawai itu ambil. Sekarang yang tanggung sakit ialah ibu saya. Kalaulah ini ibu kamu, adakah anda akan layan begini?

Selepas diambil darah ibu saya diarah datang pada 8.30 malam untuk diambil darah kali kedua. Waktu itu saya pun hairan kenapa nak ambil dua (2) kali, saya ingat ini prosidur baru kali. Kerana saya sibuk dan ada urusan, saya pun langsung bawa ibu saya pulang. Pada pukul 8.00 malam saya pun bawa ibu saya untuk diambil darah kali kedua. Pengambilan darah pada masa ini berjalan lancar. Pegawai itu suruh ibu saya bawa sampel darah itu ke Lab(makmal), pada masa itu pegawai lab suruh letak sampel darah di rak di meja dan menyuruh ibu saya datang seminggu lagi untuk keputusan dan diperiksa doctor. Ibu saya beritahu saya mengenai hal itu. Saya pun hairan ibu saya datang untuk demam, selsema dan batuk, tapi disuruh pulang tanpa ada ubat.

Saya pun pergi tanya pegawai lab apa hal, doctor nak keputusan sekarang. Dia suruh saya pergi ke tempat pengambilan darah balik dengan sampel darah itu. Sekarang saya dah tahu bahawa pegawai yang ambil darah itu telah buat kesilapan dalam membaca slip pengambilan darah. Pegawai itu ambil sampel darah itu dan buka botol darah itu dan tuang ke botol lain dan beri balik kepada saya untuk bawa ke Lab. Apakah prosidur ambil darah dari botol lain dan tuang ke botol lain itu betul? Bukankah darah itu tak boleh dipakai lagi dan harus ambil darah baru? Pegawai itu meminta maaf kerana berlaku kesilapan, kesilapan itu berlaku kerana ramai orang. Satu alasan yang saya tak boleh terima. Kalau tak boleh kerja dengan betul dalam keadaan ramai orang kerjalah di klinik swasta. Jangan susahkan orang ramai.

Sekarang, saya nak tanya kepada tuan:-

1.       Kerana pegawai anda cuai pergelangan tangan saya ibu saya bengkak, siapa nak tanggungjawab?

2.       Kerana pegawai anda cuai baca slip, saya dan ibu saya terpaksa datang dua(2) kali ke klinik, siapa nak bayar wang minyak saya dan masa saya?

3.       Masa saya terbuang kerana pegawai anda dan saya terpaksa bawa ibu saya yg tua dan sakit ulang alik ke poliklinik, apakah perasaan anda kalau ini ibu anda?

4.       Saya nak tahu tindakan yang akan diambil kepada pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab ini.

5.       Negara kita nak maju tapi pegawai-pegawai anda bermentaliti negara dunia ketiga.

Saya berharap dengan aduan ini anda dapat memperbaiki  layanan dan urusan di Poliklinik Komuniti Taiping. Saya selalu ke Poliklinik Komuniti Taiping dan Hospital Taiping, selama ini saya tak pernah nampak perkara seperti ini berlaku. Saya mendapati layanan pegawai dan doctor di sana semua bagus dan cekap dalam menjalankan kerja. Saya berharap Tuan dapat menjaga dan meningkatkan mutu perkhidmatan di Poliklinik Komuniti Taiping.

Sekian terimakasih.


Yang benar,
..................................
MUHAMMAD MAGESWARAN
HP.NO: 012-5902894